untuk kamu sayang

♥waktu sekaRang♥

Thursday, May 19

Berkongsi Cerita tentang 11 Perkara

Ciri-Ciri Isteri Solehah

1- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua keluarga  - aku setuju 101%.. kompem2 suami adelah ketua kuarge

2- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami. - makne nye aku kene selalu mengalah aje la nie...

3- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. - aku akan jage

4-Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. - makne nye aku kene jadi akauntant kat rumah jgk la...

5- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.- insyaAllah.. dh jadi tanggungjawab
6-Isteri wajib mentaati yakni PATUH (teringat tok kadi soal aku makne taat) perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar. -aduhh.. yang ni slalu aku x amek endah..berdosenye.. kene berubah nie
7- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.-kene sambung amek degree la jawap nye =p

8-Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga - moge dikuatkan hati ini dengan segala dugaan yang menimpa 

9- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya. -tapi saye pon ade ibu & ayah lagi.... mcm mane..??
10- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam. - always....!

11- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai. -maaf..aku belum begelar seorang ibu.. InsyaAllah suatu hari nnt aku menjadi seorang mama yang baik... =)







Sekian

1 comment:

  1. isteri solehah...best2...11 jer ker umie?nak lagi la..hehehe..suke2...post yang best..isteri solehah...i like it!!

    ReplyDelete

sila berkata-kata